Wednesday 25 January 2012

hahahaha

Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah. "Atok buat apa tu?"

"Atok bagi surat kat kawan atok, cu!" jawap atoknya.

Cucunya bertanya lagi,"Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

Lawak-Lawak

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri : Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium
isterinya. Bila pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum
bunga mawar. Loving betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"

Sunday 22 January 2012

hahahahaha,,

Ming ialah seorang lelaki
bertubuh kecil yang menjadi saksi
suatu kes berat, kelihatan
gementar dan gugup ketika
diminta memberi keterangan oleh
seorang peguam. Dengan suara
yang lantang, peguam itu
bertanya,"adakah anda sudah
berkahwin?". "Sudah, Tuan."
jawab Ming dengan suara yang
tersekat-sekat.
Peguam : "Sudah berapa kali,
kamu berkahwin"
Ming : "Sekali sahaja.",
Peguam : "Dengan siapa kamu
berkahwin?",
Ming : "Seorang perempuan,
Tuan!"
Kerana panas mendengar
jawapan dari Ming,dengan
marah, peguam berkata,
"Tentulah kamu berkahwin
dengan perempuan. Kamu
pernah dengar ke ada orang
yang kahwin dengan lelaki?" ,
Ming : "Ada tuan, adik
perempuan saya berkahwin
dengan lelaki, tuan."
Peguam:CB!!..

lwak2 ,,,

Suatu hari Najwa Latif berpindah ke sekolah baru....

Cikgu: selamat berkenalan....
Najwa: kita Berkenalan hanya dalam laman muka buku.... :)
Cikgu: sat gi cikgu hantar kau dekat guru besar baru tau...
Najwa: Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu ooohh uwouwouwo :P
Cikgu: cikgu sakit hati dah ni =="
Najwa: hati ku rasa sesuatu :P
Cikgu : sebelom kamu balik, datang jumpa saya kat office..
Najwa : Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Cikgu: atau kamu nak saya hantar kamu dekat guru besar? >:(
Najwa: Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu :)
Cikgu: cikgu rasa kamu ni dah tak betol..
Najwa: Oh oh benarkah rasa itu...
Cikgu : ingat taw.. sebelum balik nanti kamu datang office jumpa saya!!
Najwa : bagaimana harus bersua...ku rasa gementar tapi bahagia
Cikgu : memang kalau dah ade peluang nak rotan je kamu ni...
Najwa : perlukah kita cari peluang pertama..
Cikgu : saya dah agak hang ni bermasalah..
Latif : walaupun kita tak pernah berjumpaa..... ooohh uwouwouwo\
Cikgu: otak saya dah sarat dengan macam2 masalah.. Kamu ni buat...
Najwa: Banyak persoalan yang berada di minda =P
Pelajar lain menyampuk: cikgu ni banyak tanya la...
Najwa : Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Cikgu disiplin : cikgu jom pegi lunch dengan saya kejap lagi
Cikgu: Argh, tak nak, nak settle kes najwa ni
Najwa : Otak kata jangan hati pula kata ya =)
cikgu: tak menentu saya di buatnya..
Najwa : Hidup tak menentu adakah ini cinta......
Cikgu : konfius!!!
Najwa : banyak soalan banyak juga jawapannya
Pelajar lain : kalau ikut hati,cikgu kami memang nak bunuh hang ni adoiii
Najwa : kata hati dan rasa tak dibiar saja..
Cikgu Disiplin : masuk bilik saya nak jalankan operasi merotan ni...
Najwa : setiap yg berlaku ada kebaikannya,harus pejam mata dan cuba apa saja...
Cikgu Disiplin : kamu pandang muka saya..
Najwa : Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Cikgu Disiplin : cikgu, kau rasa kita nak report kat encik latif ke..
Cikgu : aku rasa...
Najwa : Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Cikgu : Najwa! Ape semuanya ni?
Najwa : Oh oh ini cinta remajaku.. :P
Cikgu : cinta? Dengar baik2 kata-kata cikgu ni...
Najwa : Dan pabila kau katakan kau suka aku... ^^,
Cikgu Disiplin : sudah., Diam!!
Najwa : Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju...
Cikgu Disiplin : Cikgu! cinta apa yang dia merepek ni?
Cikgu : Oh oh itulah cinta yang satu XP
Cikgu Disiplin , Cikgu , Najwa : Cinta di muka bukuu....
trbaek ! :D

Lawak-lawak


Cepatnya bapak aku.

Di padang sebuah sekolah, nun jauh disudut kanan,
ternampaklah tiga budak sedang bersembang.
Mari kita amati dan teliti apa yang mereka sembangkan…

Budak A "Bapak aku jadi ahli sukan, bapak hangpa kerja apa"
Budak B dan Budak C menjawab "Bapak kami pun ahli sukan jugak".

Maka semua bapak mereka adalah ahli sukan….

Budak A meneruskan cerita.. "Bapak aku jadi perejam lembing,
punyalah cepat dia berlari sehinggakan setelah lembing direjam,
bapak aku berlari dan menangkap lembing tersebut sebelum lembing
itu jatuh ketanah "

"Itu tak heran" kata Budak B "Bapak aku lagi tangkas, bapak aku masuk
sukan menembak. Punyalah cepat dia berlari sehinggakan selepas peluru
keluar daripada pistol, bapak aku sempat berlari dan menangkap peluru
tersebut"

"Mari kita dengar cerita bapak aku pulak, aku rasa bapak aku yang paling
cepat dalam bab lari ini” kata Budak C." Bapak aku kerja di Alor Setar tapi
tinggal di Sungai Petani. Bila pejabat tutup pukul 4.30 petang, pukul 3.00 petang
bapak aku dah ada di rumah. Bayangkan betapa cepatnya bapak aku berlari."